Tab 1.1
Tab 1.2
Tab 1.3
Tab 2.1
Tab 2.2
Tab 2.3
Tab 3.1
Tab 3.2
Tab 3.3

apa itu bokeh ? dan cara-cara buat bokeh

Assalamualaikum...
hey wassup... dah lama korang tak dengar citer aku kan... first sekali aku nak cakap, Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi... kerana masih diberikan kesihatan... dan terima kasih juga kerana korang sudi singgah belog aku yang tak seberapa niy. okeylah... post kali niy aku nak share ilmu fotografi ngan korang... kata orang... sharing is caring... tanpa membuang mase.. hari niy aku nak bagitahu Apa itu bokeh?, Macam mana nak dapatkan bokeh?, Kepentingan bokeh,  dan Cara buat effect bokeh dengan mengunakan adobe photoshop CS3/4/5/6.


Apa itu bokeh?
Bokeh berasal dari perkataan dalam bahasa jepun iaitu boke(oww.. ptot plek beno bunyi nyer.., klau loghat orang minang.. bokeh niy ialah bekas)ianya merupakan satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur(blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera.


Macam mana nak dapatkan bokeh?
Cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4,F1.8 atau F2.8. bagi saya cuma mampu mengunakan F1.8.Satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.Selain itu boleh juga mengunakan Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.

Kepentingan Bokeh.
Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan bokeh yang cantik, kena pakai aperture rendah. contoh macam gambar kat atas tuu.. cantikan... hehe


Cara buat effect bokeh dengan mengunakan adobe photoshop CS3/4/5/6.

Bagi korang yang takde software adobe photoshop dan plugin alien skin bokeh 2.. korang boleh download kat cnie...
Adobe Photoshop 5

Alien Skin Bokeh v2.0
Dan kalau korang rase susah sangat nak ikut tutorial tuu... korang boleh post gambar korang kat wall facebook aku(tekan cnie) dan aku boleh tolong editkan gambar korang, atas pengalaman yang aku ade... jangan malu jangan segan... perkhimatan aku adalah percuma... so tolong share bagi member-member yang nak suruh edit gambar nak kasi nampak cun ker... hehe...

niy contoh gambar yang telah aku edit..

okeylah.. aku berhenti setakat niy dulu... kalau ade pape korang nak tanye.. korang boley hantar kat shoutbox...
k.bye...Assalamualaikum...


3 comments:

Syamimi Razali said...

wooow !

amat membantu ! thanks :)

ahmad faiz said...

welcome...=D

are-kuh iena said...

do you have any DSLR? canon or nikon?