Tab 1.1
Tab 1.2
Tab 1.3
Tab 2.1
Tab 2.2
Tab 2.3
Tab 3.1
Tab 3.2
Tab 3.3

tips for HAPPY



TIPS UNTUK GEMBIRA

SENYUM

Cuba senyum untuk melawan perasaan sedih atau kecewa. Tapi jangan la senyum tak tentu pasal, agak-agak la kang kau jumpa lembu pon senyum tu dah kes parah la. Dalam kes ni, bila kita sedih kita mesti murung ja kan. Jadi apa kata, cukup-cukup lah berkurung dalam bilik melayan perasaan sedih dan terbuang tu. Keluar pergi garden ka lepas tu senyum dekat budak-budak yang tengah main buaian, senyum dekat auntly yang tengah jogging ka. Haa tu dah membolehkan kita gembira. 

Selain itu, pengkaji dan pengamal perubatan barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.

REPEAT 10 X

Ulang sebanyak 10X ayat-ayat yang memberikan motivasi kepada diri korang. kat sini disertakan beberapa contoh :

  1. " relax la takkan benda kecik pon nak frust, HEY AKU KUAT LA!!" x10
  2. "Aku rock mana boleh sedih 2-3 hari, sedih sikit-sikit sudah, Wake up!wake up!"tampaq pipi x10


OPTIMISTIK DENGAN KEHIDUPAN ANDA

Sila bersifat optimistik dengan kehidupan anda. Jangan terlalu pandang serious setiap benda. Kadang-kadang kita kena bertenang dan bagi credit untuk diri sendiri. Cuba cari apa yang kita ada yang membuatkan kita gembira, jangan dok cari kelemahan ja. memang la sedih kalau dah hari-hari kau sogok diri sendiri dengan kekurangan.

kalau korang tengah frust dengan girlfriend atau boyfriend, boleh cari alternatif lain..

  1. owooh aku ada member-member yang sangat supportive!
  2. si polan polan tak ada pon aku masih ada "kelabu"( kucing korang)
  3. owooh aku cantik/hensem boleh ja cari yang baru!


FIKIRKAN PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN


KETAWA

Bila rasa diri tuh down ka apa ka, jangan pulak dok pasang lagu sedih mendayu-dayu. baik pergi tengok raja lawak ka, cerita mr. bean ka. Ketawa lah sepuas-puasnya. haaaa ketawa sampai meleleh ayaq mata pon tak pa. janji lepas semua masalah.

Apa kelebihan ketawa ni :

Ketawa dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligusmeningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
hoh yang ni aku baru tau, ketawa boleh bakar kalori??? ok 123 jom gelak hahahaahohohhooo

BE HEALTHY!

cuba amalkan gaya hidup yang sihat macam keluar beriadah ka pergi picnic mandi sungai. Kan berfaedah dan sihat. So korang pon happy aja!

YAKIN

Akhir sekali jadilah seorang yang mempunyai keyakinan diri. yakin dengan kemampuan anda. Jangan dok perlekeh diri sendiri terok-terok sangat. BE CONFIDENT!!!watchaa!

3 comments:

Anonymous said...

kawe tau demo sdih..
sbar deh..
smoge ceria2 slalu..

ahmad faiz said...

oke.., thanks my friends..

Anonymous said...

who ur friend??